INGATLAH!

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH... MAKA HATI AKAN MENJADI TENANG...

Monday, May 24, 2010

:: ISTERI ::

Salam...

Hari nie nak bercerita tentang isteri pulak...

sebuah perkahwinan adalah sebuah commitment yang sgt tinggi... ibarat sebuah masjid.. bayangkan, salah satu tiang masjid roboh, nescaya roboh lah masjid tersebut... tak dapat nak menanggung para jemaah di dalam masjid tersebut.. dan akibatnya, para jemaah terpaksa mencari masjid lain, ataupun, langsung solat di rumah sahaja...

Kami, seorang wanita, melangkah keluar dari rumah ibu bapa kami, yang di penuhi dengan kasih sayang, menuju ke rumah suami, untuk membina sebuah keluarga yang baru. Kami, seorang wanita, juga seorang isteri, amat berharap, agar rumah baru kami juga di penuhi kasih sayang.. yang akan menyebabkan kami tak merasa rindu pada rumah lama kami.. Kami adalah sebuah AMANAH untuk para suami.. AMANAH dari ibubapa kami, dan AMANAH dari Allah.. Kerana kami adalah seorang wanita, seorang yg lemah lembut, seorang yg penyayang... Kami menyayangi suami kami seikhlas hati kami.. bukan kerana sesuatu perkara yang material.. Namun begitu, mengapa suami kami tetap mencari kesalahan kami??

Peranan seorang isteri tidak tamat apabila di pejabat.. mana yang ada anak, akan sentiasa risau akan apa nasib anak2 di rumah, yang di jaga oleh pembantu rumah atau nursery.. Dan sentiasa mencuri masa untuk menelefon rumah atau nursery untuk update keadaan anak anak mereka.. Si suami ada masa tak untuk fikir semua ini??? TENTU TAK ADA... semuanya, terletak di bahu seorang isteri...

Si isteri, bangun seawal pagi, untuk ke pejabat. kemudian, pulang, si suami pula inginkan belaian.. kemudian, kena masak dan mengemas apa yang patut... sedangkan, si suami, bersenang lenang bersandar di hadapan televisyen.. Adilkah dunia ini.. namun begitu, isteri tak pernah bersungut...

Namun begitu, jangan lah si suami mengambil kesempatan ini utk menganiaya si isteri.. di dalam islam, tugas isteri hanyalah melayani suami dan mendidik anak anak.. yang lain tu, suami kena buat... tapi, zaman sekarang, si suami di layan seperti seorang raja.. bila dah rasa macam seorang raja, mulalah nak nak cari pasal...

Dugaan seorang isteri nie banyak... salah satu dugaan adalah bila mana ada pompuan gatal yang tak sedar diri kacau rumah tangganya... apa lagi seorang isteri boleh buat.. selain dari pasrah.. dan pompuan gatal tu nak cerai beraikan suami isteri tadi.. apa yang mereka akan dapat?? kepuasan?? mereka lupa, bahawa ALLAH itu WUJUD, dan SANGAT ADIL... mereka takkan bahagia di dunia dan di akhirat... mereka akan tersiksa selamanya... (tajuk ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam akan datang.. :P)

Seorang isteri, walaupun lembut, walaupun nampak lemah, namun, tanpa kami, org lelaki takkan dapat hidup bahagia.. kerana, kamilah pelengkap hidup mereka...

Oleh itu, para suami semua, hargailah perngorbanan isteri kamu.. hargailah segala apa yang telah diberikan oleh isteri kamu.. sayangilah isteri kamu... nescaya, kamu akan lebih bahagia...

1 comment:

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR said...

I LOVE YOU SAYANG...

NICE ARTICLE... HEHEHE...