INGATLAH!

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH... MAKA HATI AKAN MENJADI TENANG...

Saturday, February 6, 2010

::Ibu (tribute to my mother)::

Orang kata, kasih ibu membawa ke syurga... Aku memang sokong kata kata itu... Bagi aku, Ibu aku adalah insan yang amat istimewa pada ku...

segala kesusahan yg dia hadapi, tak pernah di tunjukkan di hadapan kami anak anak... begitu ketabahan seorang ibu menghadapi dugaan dan cabaran dalam membesarkan kami seramai 4 org.. Ibu ku sentiasa tersenyum tenang... walaupun di dalam hati bergelodak seribu macam perasaan...

setiap kali aku mengingatkan kesusahan ibu ku di waktu yg lalu, iaitu semasa membesarkan kami, air mata ku akan tumpah.. kerana ketabahan dan kesabarannya, kami berempat, berjaya dalam hidup kami... kami tak perlukan bantuan sesiapa untuk berjaya ke tahap ini... semua adalah berkat kesabaran ibu ku.. yang tak pernah kenal erti lelah... dan ibuku percaya yang kami akan berjaya.. dan berdikari... tanpa bantuan sesiapa... tanpa ehsan sesiapa...

aku adalah anak bongsu perempuan.. dan aku tahu.. walaupun ibuku tidak pernah menyatakannya, aku adalah anak kesayangannya... kerana aku adalah kekuatannya... aku adalah temannya yang setia... aku di lahirkan supaya dia tegar menghadapi semua ujian yang mendatang...

semalam... 5 February... ulang tahun ibuku... aku merenung ibuku... sudah nampak tua... aku sedih... bukan sedih kerana dia tua.. sedih kerana, dia menghabiskan hidupnya untuk membahagiakan kami semua.... dia tak pernah ada masa untuknya sendiri... semua masanya di gunakan untuk kami.... membesarkan kami... membahagiakan kami...

Tiada sesiapa yang boleh menggantikan tempat ibuku... bagiku, ibuku adalah insan terhebat di alam ini... dan bagiku, ibuku adalah segalanya...

Ya Allah, Kau berikanlah kebahagiaan kepada ibuku di dunia dan di akhirat... kerana dia adalah insan teristimewa bagi ku...

Ami, I love you forever....

2 comments:

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR said...

Syurga di bawah tapak kaki Ibu...
sayangi mereka buat selamanya..

Shaz said...

yap.. its true...