INGATLAH!

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH... MAKA HATI AKAN MENJADI TENANG...

Sunday, September 13, 2009

September 14, 2009 - Monday

Salam..

wah.. lama betul tak blogging nie.. busy giler lately.. banyak kerja kat office, and tgh catching up jadi a good wife oso.. ;p..

Dalam masa beberapa bulan nie, macam macam benda jadi kat Malaysia nie. Isu kuil la, isu ISA la..., i just jadi pembaca dan pendengar saje.. not my level to make any comment on that issue.. but I really hope that, everything will be back to normal...

Sebut pasal normal... hmm.. banyak yang tak normal lately... especially bulan bulan puasa nie... bukan la apa... last week friday, semasa pulang ke rumah dengan KTM komuter ke laluan Pelabuhan Klang, di perhentian Subang, ada la beberapa org perempuan (dalam lingkungan usia 15-18 tahun la) menaiki tren tersebut. Pakaian, jgn cakap la.. sampai I as a woman pun malu nak tengok. I fikir, apa yang mereka nak tunjuk sangat dengan pakaian begitu?.. Muka bebudak tu memang dah lawa lawa, but, pakaian menyebabkan aku betul betul meluat..

Tak pakai tudung tu satu hal, terdedah sana dan sini tu lagi satu hal. So, salah seorang dari mereka duduk di sebelah ku, (kebetulan ada 1 tempat kosong di sebelah ku).. Nak dijadikan cerita, ada sorang makcik duduk di hadapan kami, memulakan perbualan dengan budak tu.


Makcik: "Assalamualaikum?"

Budak: "waalaikum salam"

Makcik: "dari mana dik"

Budak: "Dari window shopping kak.."

Makcik: "window shopping kat mana?"

Budak: "kat Carrefour je"

Makcik: "Seronok ye shopping"

aku: (senyum.. nak gelak pun ada.. bukan apa, dressing punye maut, tapi setakat carrefour je.. hampeh....)

Makcik: "nak balik ke mana nie?"

Budak: "nak ke *******" (tak perlu la aku sebut kat mana)

Makcik: "dik, makcik nak cakap sikit, boleh tak?"

Budak: "ye makcik??"

Makcik: "adik nie cantik, kalau pakai tudung or at least bersopan, lagi nampak cantik"

Budak: "nanti la makcik, seru tak sampai lagi la". (sambil senyum senyum malu)

Makcik: "seru apa dik, malaikat maut, kalau dah sampai seru, lagi haru.."

Budak: "nanti la makcik, saya tak ready lagi.. nanti apa kata kawan2.. malu la makcik..."

Makcik: "tau tak adik, bila mana adik cakap tak ready lagi pakai tudung, maknanya adik tak bersedia jadi org Islam.. if adik mengaku adik Islam, adik kena follow everything yang Islam suruh buat.."

Budak: (diam).

Makcik: "Makcik bukan nak menyibuk hal adik. saja je nak cakap.. benda cam nie, kalau salah cakap, boleh buat kite jauh dari Islam.. terpulang pada adik la.. Makcik nie minta maaf kalau adik tersinggung. kite nie hidup hendaklah ingat mengingati... Makcik bukan apa, sebab adik nie cantik, sayang kalau kecantikan tu di peragakan untuk org yg tak sepatutnya."

Budak: (diam lagi. tapi dah tak tentu arah dah)

Makcik: "Baik la adik.. Makcik turun dulu.." (stesyen dia dah sampai da)

So, di sini, aku nak tanya, apa sebenarnye yg mereka nak tunjukkan kepada semua?? Nak tunjukkan, yang mereka nie dah balik ke zaman jahilliyah?? Sia sia je Nabi Muhammad dan pengikut pengikutnya berkorban dahulu sekiranya kite kembali ke zaman tersebut.. Fikir lah wahai bebudak semua..

Aku respect sama makcik tu berani menasihati budak tersebut. Aku bukan tak berani, cuma takde keyakinan diri untuk "sound" budak tu..

nak cerita al kisah aku 'sound' org kat public place.. hehehe...

Nak jadikan cerita, aku nie selalu naik train yang paling awal... pukul 6 pagi. so, subuh aku di surau KL Central la. so, masa aku masuk surau tu, ada la sorang makcik, tgh berbaring, dan sekumpulan student - ada la dalam 5 org... Berbual rancak, gelak gelak... dalam surau.. tu kata.. pakai tudung, tapi perangai cam yahudi.. gelak gelak dalam tempat ibadat.. aku sabar je la.. aku pun ambil la wuduk, dan angkat takbir.. baru nak sebut "Allahu Akbar", depa bantai gelak besar... apa yang kelakar tu pun tak tau la... aku pun pusing dan tanya, "dik, McD tutup ke ari nie?" depa jawab "buka la kak".. aku pun bantai la depa "dah tau mcD buka, pergi la situ untuk gelak besar, ini surau, tpt org solat.. bising kat sini bakpe!!" suara aku tinggi gak la masa tu.. bukan apa, depa nie nampak aku dah berdiri ngan telekung tu, respect la sikit.. nama je belajar kat universiti islam, perangai cam yahudi... langsung bebudak tu terdiam.... but, still bercakap pas tu, tapi perlahan la.. mesti depa bengang giler kat aku.. aku pun lagi bengang kat depa...

dah la, cukup la aku membebel buat saat nie.. ada apa apa yg best nanti aku citer kang...

No comments: