INGATLAH!

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH... MAKA HATI AKAN MENJADI TENANG...

Monday, October 5, 2009

::Public Transport??::

Public transport (PT)... sebut pasal tu, semua tau.. apa jenis PT yang ada kat malaysia nie.. Dari Bus - rapid KL, LRT Putra, LRT Star, KTM Komuter, KL monorel...

Pengalaman aku naik PT nie banyak yang pahit dari manisnya... tak tau la apa nasib malang aku yg terpaksa naik PT nie.. dan di sini, aku nak share kisah malang aku naik PT nie...

Kisah 1.

Yang nie terjadi pada hari Isnin (5 Oktober 2009).. Aku seperti biasa, bangun pukul 5.30 pagi, dan bersiap2 untuk ke office. Pukul 6.10 pagi, adik aku yang tak cukup tidur tu, bangun untuk hantar aku ke Stesyen Komuter Padang Jawa. Aku sampai di Stesyen Komuter Padang Jawa pada pukul 6.17 pagi. Tren sepatutnya sampai pukul 6.19 pagi. Aku pun beli la tiket di mesin tiket automatik. Harga tiket ke KL Central RM2.90, aku baru masukkan RM1, tetiba, blackout pulak kat stesyen Padang Jawa nie. Habis la duit aku kena telan. Kureng.. pas tu, ada balik elektrik.. aku pun cuba lagi.. nasib baik lepas.. so, oleh kerana black out tu, rupa rupanya, tren komuter pun sangkut la.. tak bergerak dari bawah jambatan padang jawa.. aku pun menunggu dengan sabar... tapi dah tension juga la... dari pukul 6.17 aku tunggu, tren yang sangkut tu, cuma bergerak pada pukul 6.45 pagi.. dan bukan bergerak dengan laju, perlahan.. sampai di stesyen padang jawa, aku pun naik, dan dia berhenti di situ untuk 3-4 minit. Dan akhirnya dia bergerak pada pukul 6.50 pagi...

Aku lagi tension.. aku masuk kerja pukul 8.00, mana nak kejar LRT Putra untuk ke Ampang Park lagi... dan aku tau aku akan lambat hari nie... dan hasilnya, memang aku lambat.. elok la tu.. oleh kerana Komuter, My end year bonus will be effected because of late attendance, which is not my fault at all... Please la.. KTM.. jgn pentingkan keuntungan semata mata.. please at least have a little social responsibility....

Aku cuma pelik, Komuter dah beroperasi selama 14 tahun.. takkan mereka takde back up plan... aku cukup pelik... bukan setakat aku, org lain pun... takde back up plan ke...

Kisah 2 - Jumaat - 18.09.2009

Ha, nie terjadi masa 2 hari sebelum raya. Jumaat - 18.09.2009. Masa nie time balik la.. Ni bencana alam.. tak boleh nak elak.. tetapi, attitude je yang menyebabkan aku panas hati la.. tren dari KL central ke laluan Pelabuhan Klang yang biasa aku naik pukul 5.43 ptg.. tapi ari tu aku termiss la.. terlambat sket.. aku sampai Kl central pkl 5.44 ptg.. takpe la.. next tren is 6.03 ptg.. aku pun menunggu dgn penuh sabar.. pkl 5.50 ptg ada satu tren ke Sentul berhenti di KL central.. dan, dia berhenti di situ sampai pkl 6.30 ptg.. aku pelik... kenapa tak bergerak.. dan aku lagi pelik, kenapa tren aku tak sampai lagi walaupun dah pkl 6.30 ptg.. then 6.30 ptg baru ada pengumuman.. kata, ada masalah teknikal.. tak tau berapa lama boleh selesaikan... Kenapa lepas setengah jam baru bagi tau??? KTM ada akal ke tidak?? tak fikir masalah kami yg menunggu penuh sesak di KL Central..

OK.. so, aku tak boleh nak tunggu... apa aku buat, aku naik ke kaunter, and minta refund la.. sebab aku cadang nak naik bas.. but, aku ni tak pernah naik bas.. tak tau nak ambil kat mana.. so, aku tanya la org KTM kaunter di mana aku minta refund tiket tu, apa mode transport ke Shah Alam.. nak tau apa dia jawab?? " shah alam jauh tu.. naik teksi je la".. dgn nada very very de sarcastic.. aku dah la panas... jawab cam tu je.. aku pun jawab la "KTM nak bayar taxi fare saya ke? awak boleh bayar ke?".. panas gue... tu aku blah.. aku pun approach lagi satu pegawai KTM kat depan pintu masuk, and dia pun bagi tau dengan baik ' akak naik lrt ke pasar seni, bawah tu ada bas ke shah alam'.. kan elok jawapan tu..

aku pun buat la seperti apa yg di kata.. bas no U81 - ke Kompleks PKNS - RM3.00.. melampau... mahal la.. sebab, dari kompleks kena naik bas lagi 1 ke rumah - itu pun bukan rumah aku - rumah mak aku - RM1... at least from KTM padang jawa aku boleh jalan kaki ke rumah aku...

---------------------------------------------------------------------------------------

Tu kisah menyayat hati... banyak lagi sebenayrnye.. KTM Komuter yg selalu delay.. kemudian penuh giler sampai tak boleh masuk.. I do not understand, apa yg boleh menyebabkan KTM Komuter boleh slalu delay.. SELALU SANGAT.... dulu, sebelaum may 2008 - kekerapan tren 15 min setiap 1.. lepas 15 may 2008 sampai la sekarang 20 mins setiap 1.. tu pun kadang2 30-60 minus setiap 1.. KTM Komuter kata nak improve perkhidmatan tren.. but, I DO NOT SEE ANY IMPROVEMENT.. IT GETTING WORST!!!.. n truly speaking.. technician KTM juga yg bagi tau kat semua org.. tak payah la naik komuter.. membazir...

Apa lagi KTM?? bila lagi mau improve kan system anda.. fikir la masalah rakyat... just show a bit social responsibility......

dah la.. aku pun dah sakit hati bila ingat balik...