Thursday, May 6, 2010
Friday - May 7, 2010
Minggu nie aku rasa banyak benda menimpa aku. Alhamdulillah, berkat Allah sayang kat aku, Allah gerakkan hati HRPD untuk list kan nama aku ke kursus "Health and Wellness" pada hari rabu lalu - May 5, 2010.
Isi kandungan kursus tu la yang menyebabkan aku masih boleh berdiri di bumi dengan bangganya. as, permulaan kursus, di beri 1 kata yg aku akan pegang sampai akhir hayat ku, "Wake up and love your life"... Allah beri tubuh badan kepada kamu sebagai amanah.. jaga amanah tersebut. jaga kesihatan. hilangkan segala apa penyakit pun pada tubuh kamu. Sayangi tubuh badan anda.. nie la di antara kata2 Dato' Nur Asyikin, founder of PrimaNora Medical Centre. Alhamdulillah, aku punya semangat baru untuk meneruskan kehidupan ini.. Jangan pedulikan org lain.. Just live ur life to the fullest..
Allah beri aku dugaan sedikit, aku dah melatah.. ntah la.. bagi aku bukan sedikit ujian tersebut. Ia mencabar harga diri ku sebagai seorang wanita.. But, Aku tak rugi apa apa pun. Aku tak kehilangan apa apa pun. Aku tetap dapat apa yang aku inginkan.. Tu yang Allah telah berikan kepadaku buat masa ini.
Allah telah berikan aku segalanya.. sebuah kehidupan tanpa cacat dan celanya. Allah berikan aku Ilmu dan Akal yang tinggi untuk ku pertimbangkan segalanya sebelum melakukan sesuatu yg bodoh.... Allah beri aku kerja yang besar.. Allah beri aku rezeki yang banyak... Allah berikan aku sebuah rumah.. Aku tak perlu mengharap ehsan sesiapa pun untuk hidup di dunia ini... Allah menjadikan aku org utama pada org sekeliling ku. Allah sayang aku. Allah beri aku nikmat yang dia tak beri kepada manusia manusia yang terkutuk... Allah sayang aku, sebab tu dia duga aku. Allah tak beri aku kesenangan tanpa kesusahan.. dan aku redha, kerana jika semua yg aku terima adalah kesenangan semata-mata, tu adalah sumpahan Allah, Kutukan Allah.... tapi, Allah bagi aku kesusahan, dan akan di ganti dengan kesenangan.. sebab Allah sayang aku...
Ya Allah, hanya kau tempat aku mengadu... Hanya engkau tempat aku berserah, Hanya engkau tempat aku sembah... Tanpa Kau Ya Allah, aku tidak akan ada di dunia ni...
Ya Allah, kau hidupkan aku dan matikan aku di dalam keredhaan Mu.. di dalam kasih sayang MU.. Ya Allah, hanya kau yang aku cinta.... Hanya Kau Ya Allah....
Ya Allah, ku pinta padaMu, agar kau hukumlah manusia manusia yang berlagak itu.. yang tidak kenal akan kekuasaan Mu.. Hanya engkau yang boleh menghukum, kerana Kau Maha Kuasa...
Wednesday, May 5, 2010
::IRON MAN::
Tuesday, May 4, 2010
::JALANG::
Hari nie aku nak kisahkan sebuah kisah lah yg tertulis di dalam salah sebuah majalah.. sedih aku baca.... memikirkan nasib seorang isteri yang setia terhadap suaminya, yang mana suaminya curang dengannya selepas beberapa bulan kahwin dengannya...
Al kisahnya begini...
********************************************************************************
Namaku Lina. Aku baru berkahwin selama 3 tahun.. satu jangka masa yg pendek.. dalam usia perkahwinan yg mentah, berbagai cabaran telah ku hadapi.. aku seorang wanita yg berkerjaya tinggi. walaupun begitu, kerja di rumah tidak ku abaikan langsung.. walaupun letih pulang dari kerja, aku tetap melakukan tanggung jawabku sebagai seorang isteri... namun begitu, baru baru ini aku di kejutkan dengan 1 berita, di mana suamiku meniduri bekas kekasihnya (Siti yang bekerja di sektor awam) 6-7 bulan baru berkahwin. aku menangis.. hanya itu yg mampu ku lakukan.. aku sedih.. dan, langsung aku menelefon Siti, dan meluahkan apa yg terbuku di hatiku.. bukan apa, bagiku, seorang yg berpendidikan tinggi seperti Siti, dan seorang pendidik, tidak harus melakukan sesuatu di luar kawalan akal.. dan Siti, dengan bangganya, mengatakan, aku terlalu percaya pada suamiku. dan dia merasa kasihan dengan nasibku.. dan dia menempelak aku mengatakan aku juag buakn seorang yg baik... perlu di nyatakan disini, yg perlu di kasihan bukan aku.. sepatutnya dia.. kerana dia menjalinkan hubungan haram dengan lelaki yg bukan suaminya.. apa yang dia dapat.. dia tak dapat apa apa, melainkan perhubungan haram.. dan bukan menjadi miliknya pun.. Dia rugi dan kalah.. dan tenant aku tidak baik, sekurang-kurangnya, aku tidak melakukan seks rambang dengan jantan jantan lain.. dan aku hanya melakukannya denagn SUAMIKU.. kasihan dia.. tak kenal siapa dirinya sendiri... seorang JALANG... siapa yang beristerikan dia juga lelaki malang.. dan mungkin lelaki itu juga suka rambang seks sepertinya.. bayangkan, boleh buat aksi dalam keretanya.. bagi aku, aku tak rugi apa apa.. sedangkan, suamiku, telah hilanglah segala hormat ku kepadanya.. dia telah menghilangkan semua tu dalam satu perlakuan dengan perempuan, yg ku kira sebagai seorang JALANG.... akibat seks dgn Siti, suamiku telah di jangkiti dengan penyakit kelamin, yg kemudiannya mengakibatkan aku keguguran 7 bulan.... betapa sedihnya hati ini bila bayi yang bakal lahir mati hanya kerana nafsu JALANG dan suamiku sendiri... Nak salah kan suami ku?? mana ada kucing nak tolak ikan.. lebih lebih lagi kalau ikan tu dah siap di hidang dalam pinggan... Aku tak salahkan Jalang tersebut... sebab, kalau dah JALANG, mmg la begitu sifatnya..
*****************************************************************************
Komen aku:
Daripada kerajaan sibuk nak kenalkan pendidikan seks pada student sekolah menengah, ada baiknya mereka beri pendidikan seks pada kakitangan mereka sendiri yang sememangnya penuh dengan manusia liar dan uneducated... kalau dapat tangkap mereka buat benda tak senonoh, buang je mereka nie dari kerja, dan suruh depa nie jadi call girl sepenuh masa.. hehehe... jangan mare...
Thursday, April 22, 2010
::PELANCARAN LAPORAN PASARAN HARTA 2009::
Today, Friday - 23rd April 2010..
I went to Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) attending the "Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2009" with my colleague - K Mala.. yg di anjurkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) - Kementerian Kewangan Malaysia.. Ye la, our boss takde, so, Me n herself gi la ke sana.. wakil boss.. (by the way, kat office hari ni - Honeymoon - sumer boss takde.. sumer exec je.. hehehe.. jgn jeles ye aween.. :P)..

(ps: gambar x memuaskan - as pakai web cam laptop)
Pelancaran tu di rasmikan oleh Dato' Wira Chor Chee Heung - Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.. Mmg best la tgk pelancaran dia.. Kalau rajin, tgk la TV malam nie.. berita - TV3, NTV7, Astro Awani, n few lagi yg takde logo kat camera dia... ada rezeki, muka i pun kuar tv lagi sekali... utk kali yg ke baper ntah.... i nie glamer.. dah baper kali masuk tv.. biasala.. skali tu, ada lah drama pelakon radhi (if im not mistaken la).. masa tu i & 1 of the friend gi kat Summit USJ.. tgh berjalan masuk tu, dtg la sorang nie, nak suruh berlakon - jadi aktres tambahan utk berlakon ngan radhi khalid tu.. I mmg nak la ikut kan.. but my friend taknak.. dia takut mak dia marah.. so, i dgn terpaksanya, minta maaf la kat dia.. tak leh nak jadi tambahan.. wah.. ngan radhi khalid tu.. jeles aku... heheh..
back to the pelancaran buku tadi, mmg grand giler... very impressive... seriously... ngan asapnya... ngan ribennya.. fuh.. tak boleh nak explain...
n makan time.. ok la.. ada spaghetti, kepak ayam goreng, bihun goreng, roti jala, asam laksa, segala macam kuih ada.. wah.. karipap dia pun bukan cam yg beli kat pasar ye.. cam beli kat Secret recipe - chicken cornish tu.. wah.. mmg menarik...
By the way, thats is my first time la tgk pelancaran nie.. n i must say, hopefully i nak gi lagi thn depan.. hehehe...
Thursday, April 15, 2010
::Jalan Jalan Makan Makan tambah kan kalori::
Dah tu, pukul 6.30 masuk la ke Muara Ikan Bakar tu.. Ambil port open space la.. depan laut, berbumbungkan langit.. wah... romantiknya.. hehehe.. so, kami pun memilih la makanan laut yg nak di suruh masak.. iaitu ikan kerapu & ketam.. (Ikan kerapu tiga rasa & ketam masam manis)..dah pilih ikan, kami pun duduk la di port yg di pilih la tadi.. romantik port la kononyer... hehehe... n kami mengorder lagi.. nasi lemak & kailan... teiba ada lak ternampak side order.. yakni.. otak otak.. since hubby tak gemar otak otak nie, n i pun order la 1 keping saje.. hehehe.. nak buat cam ne.. takkan nak order banyak kot.. i nak 1 je.. cukupla..
Makan makan sambil menikmati "sunset"... hehehe.. sungguh romantik.. (baper kali romantik da...).. lepas makan, solat Maghrib kat surau kat situ, n bergerak balik ke rumah..
Thanks buat my hubby sbb bawa aku ke sini..

::Retak:: (final)
Sambung bab retak jap.. sebelum tu, just want to clarify with all my friend... this story is not related to anybody.. its a general story.. which happen in every other married woman life... so, jgn nak terasa or what.. bak kata pepatah melayu, "siapa yg makan cili, dia yg terasa pedasnya"..
Banyak juga my friend yg komen, org ketiga (pompuan la) yg jadi pengacau dalam rumah tangga mereka.. but, pada yg pengacau tu, mereka menjawab , laki ko yg cari aku.. bukan aku yg terhegeh2 nak laki ko..
so.. dalam kes nie, dua dua jawapan boleh di terima pakai... tapi, siapa yang bersalah dalam hal ni?? jawapan aku senang je.. si ISTERI tu sendiri.. bukan pasal dia tak pandai jaga laki, tu korang kena fikir sendiri... tu je... come on la, kucing pun, kalau di hidang ikan segar depan mata dia, takkan kucing tu boleh buat dek je..kan...no comment la pasal nie sebenarnya.. takut mengguris hati banyak pihak... if hati manusiayg betul tu takpe.. but, kalau hati manusia yang macam AL Iblis tu, malah nak cerita...
yang penting di sini, ALLAH beri kita AKAL dan FIKIRAN untuk kita gunakan.. kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa.. so.. fikir la apa yang baik...
Lagi sekali, Im not against poligami... but, kalau lah salah caranya, kan tak adil.. n I paling benci ngan ayat nie "I sanggup bermadu"... why?? mulut je cakap cam tu, tapi, once kalau dah bermadu, u all mula naik tocang.. faham sgt perangai double standard cam nie.. (by the way, I dah jumpa dah...).
Bagi aku, pompuan yg perampas adalah sorang yg berani.. aku sendiri tak berani nak cakap ngan lelaki yg dah berkahwin.. (kecuali my colleague).. aku respect wife mereka... contohnya, aku ada sorang kawan baik lelaki... kami berkawan dari darjah 5.... sampai la now.. (kire kire 20 thn dah kami berkawan).. aku slalu call dia.. slalu kuar ngan dia (walaupun masa tu aku dah ada bf.. ).. bukan curang.. kawan rapat... kalau komputer aku rosak je, aku akan call dia, n dia akan dtg umah aku.. n seterusnya, lepak kat umah aku sampai pkl 11 mlm kadang2 (mak n adik aku lepak skali la ngan kiteorg).. sbb, kawan baik aku.. n he is the sweetest guy la yg pernah aku jumpa... setiap hari mmg akan calling calling la.. nak kata cam soul mate pun boleh la.. but, once dia kawin, aku dah tak call dia.. bukan apa, if call, benda yg amat penting.. kalau takat computer rosak, aku tak call dah.. aku hantar je kedai.. as he has a family already.. n i dont want to call him, n bagi isteri dia sakit hati.. mmg aku lebih kenal dia dari isteri dia.. but SIAPA aku?? kawan je kan.. aku faham.. as aku taknak benda tu jadi kat aku nanti... so, i stop calling him... semenjak dia kawin kat 5 thn nie, aku rasa aku ada la call dia dalam 3 kali je... tu pun ada la urusan penting.. n salah 1 nyer, ajak kenduri kawin aku... if i can do that, y others cannot do the same thing??? respect org lain sket...
Nasihat aku: senang je.. balik kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul.. jgn buat benda yg against 2 perkara tadi.. Insya Allah, selamat lah anda dari apa pun.. kecuali mati....
lastly, sorry pada siapa yg terasa.. ikut kan banyak lagi aku nak citer.. but, rasa macam sia sia je.. sbb, mana ada org nak ikut benda baik kan...
Thursday, April 8, 2010
::Retak:: (part 1)
Hari ini, seperti biasa, pergi ke office.. biasala.. naik train.. so, sepanjang perjalanan yang membosankan tu, dengar la lagu tru my hp - nokia express music 5800.. (touch screen nyer..):P..
salah satu lagu yang berkumandang di telinga pada pagi hari adalah lagu "Retak" - nyanyian Ella... hayati senikatanya... sedih... mmg sedih... rasa nak nangis pun ada (ye ke?)... ni ada lirik lagu tu... cuba hayatinya...
Berabad telah kita bercinta
Mengapa kini engkau berubah
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa
Mana janjimu akan setia
Menyayangi ku siang malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama
Kini tiada erti memberi janji
Janji manis mu dulu
Hingga jadi api membakar dada ini
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan sepi hanya selamanya
Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita
Lemah dunia halanya
Hati kecewa dengan janji manismu
Kini jadi api membakar dada ini
Ella berjaya membawa lagu ini dengan penuh perasaan.. boleh di bayangkan, betapa dia sengsara dengan seorang lelaki yang memberi derita padanya.. for me, lagu ni, bukan di nyanyikan untuk kekasih semata mata.. lelaki yang di maksudkan adalah seorang "suami"... seorang suami yang tak pernah faham akan perasaan seorang isteri....
Banyak kisah lelaki begini yang di ceritakan di dalam surat khabar dan majalah... setiap minggu mesti ada kisah begini yang tertulis di dada akhbar or majalah...
dalam kes cam nie, yang nak disalahkan siapa?? isteri or suami?? or org ketiga?? Fikir la sendiri...Gunakan akal... jgn sesekali gunakan nafsu....
bersambung lagi....
TARIKH HIJRAH
About Me
- Shaz
- -aFFaBLe buT DeriSIve- -Simple but complicated- -easy going but fussy- -relax but tense-
PAKISTAN
<> Basic Info about PAKISTAN <>
The region forming modern Pakistan was home to the ancient Indus Valley Civilisation and then, successively, recipient of ancient Vedic, Persian, Indo-Greek and Islamic cultures. The area has witnessed invasions and settlement by the Aryans, Persians, Greeks, Arabs, Turks, Afghans and the Mongols.[9] It was a part of British Raj from 1858 to 1947, when the Pakistan Movement for a state for Muslims, led by Muhammad Ali Jinnah and the Muslim League resulted in the independence and creation of the state of Pakistan, that comprised the provinces of Sindh, North-West Frontier Province, West Punjab, Balochistan and East Bengal. With the adoption of its constitution in 1956, Pakistan became an Islamic republic. In 1971, a civil war in East Pakistan resulted in the independence of Bangladesh. Pakistan's history has been characterized by periods of economic growth, military rule and political instability.
Pakistan is the sixth most populous country in the world and has the second largest Muslim population in the world after Indonesia. The country is listed among the "Next Eleven" economies. Pakistan is a founding member of the Organisation of the Islamic Conference, South Asian Association for Regional Cooperation, Developing 8 Countries, G20 developing nations and the Economic Cooperation Organisation. It is also a member of the United Nations, Commonwealth of Nations, World Trade Organisation, G33 developing countries, Group of 77 developing nations, major non-NATO ally of the United States and is a nuclear state.