INGATLAH!

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH... MAKA HATI AKAN MENJADI TENANG...

Thursday, April 8, 2010

::Retak:: (part 1)

Salam..

Hari ini, seperti biasa, pergi ke office.. biasala.. naik train.. so, sepanjang perjalanan yang membosankan tu, dengar la lagu tru my hp - nokia express music 5800.. (touch screen nyer..):P..

salah satu lagu yang berkumandang di telinga pada pagi hari adalah lagu "Retak" - nyanyian Ella... hayati senikatanya... sedih... mmg sedih... rasa nak nangis pun ada (ye ke?)... ni ada lirik lagu tu... cuba hayatinya...

Berabad telah kita bercinta
Mengapa kini engkau berubah
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa

Mana janjimu akan setia
Menyayangi ku siang malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama

Kini tiada erti memberi janji
Janji manis mu dulu
Hingga jadi api membakar dada ini

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan sepi hanya selamanya

Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita

Lemah dunia halanya
Hati kecewa dengan janji manismu
Kini jadi api membakar dada ini


Ella berjaya membawa lagu ini dengan penuh perasaan.. boleh di bayangkan, betapa dia sengsara dengan seorang lelaki yang memberi derita padanya.. for me, lagu ni, bukan di nyanyikan untuk kekasih semata mata.. lelaki yang di maksudkan adalah seorang "suami"... seorang suami yang tak pernah faham akan perasaan seorang isteri....

Banyak kisah lelaki begini yang di ceritakan di dalam surat khabar dan majalah... setiap minggu mesti ada kisah begini yang tertulis di dada akhbar or majalah...

dalam kes cam nie, yang nak disalahkan siapa?? isteri or suami?? or org ketiga?? Fikir la sendiri...Gunakan akal... jgn sesekali gunakan nafsu....

bersambung lagi....

Wednesday, April 7, 2010

::Sukar sangat ke nak ucap TERIMA KASIH?"

Salam...

"Terima Kasih" atau translation dalam bahasa Inggeris - Thank you, dah di ajar untuk di ucapkan semenjak kite kecil lagi, betul tak?? contohnya, masa kita pergi ke rumah orang, dan mereka memberikan kita segelas air, apa kita ucap?? terima kasih... dapat hadiah or duit raya, apa kita ucap? terima kasih... of course our parent akan suruh ucap "terima kasih" if kita dapat benda dari org... betul tak???...

Alkisah, hari nie aku ke klinik kerajaan plak.. klinik private dah lebih 5 kali gi, termasuk la hospital private.. tak baik baik juga... try gomen punye klinik lak... mana tau boleh sembuh batuk n selsema.. insyaAllah..

kat klinik tu lak, aku tgh la tunggu nombor giliran di panggil... ada la sorang minah nie dok sebelah aku.. dia pegang sehelai kertas preskripsi ubat, yg sepatutnya di serahkan ke kaunter farmasi... tapi dia dok la pegang kertas tu... lama juga la.. memula, ingat dia tunggu someone... but dah lama tu macam tak de apa apa.. aku pun dgn niat ikhlas (suara serak2 batuk)cakap la kat minah tu "kertas tu bagi kat farmasi" (sambil pointing ke arah kaunter farmasi.... minah tu tak toleh pun kat aku, terus bangun n pergi ke kaunter tu, sambil jalan cam cara tak puas hati, serah preskripsi ubat tu kat org farmasi, n datang balik duduk kat sebelah aku...

wah.. terkejut juga aku... sbb, takde ucapan "Terima Kasih" atau senyuman ikhlas di berikan pada aku yg telah memberitahu something pada dia... funny.. bukan la aku berkira... tapi, susah sgt ke nak ucap Terima kasih??

Bukan la apa.. kalau yg buat perangai tu jenis pompuan yg sexy yg perasan lawa tu takpe la.. aku boleh terima... but, pakai tudung labuh.. tak faham aku la wei...

Apa apa pun, kpd sumer.. belajar la ucap "terima kasih".. takde nye korang nak mati if cakap "terima kasih" kat org lain....

Thursday, March 25, 2010

:: One Year Oready??::

salam...

Hari ni 26 Mac 2010.. Lusa 28 Mac 2010... setahun sudah aku bergelar seorang isteri kepada suamiku yang amat ku sayang- Siso...

Alhamdulillah, Allah telah memberi rahmat kepada kami sepanjang tempoh perkahwinan kami. Suka dan Duka tu asam garam kehidupan.. mana ada org sentiasa happy, ye tak.. mesti la ada sedikit kedukaan untuk menjadikan kita lebih tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan.. "kan ke sabar itu separuh dari iman"..

Allah menguji kita kerana Allah sayang kat kita.. Allah nak beri kita pahala "sabar, dan redha kepada ketentuanNya".. senangkan dapat pahala free nie.. sabar, dan redha... Allah bukan menguji kita dengan menarik apa yang diberi tanpa sebab. Setiap dugaan yang diberikan, mesti ada kebaikkan di sebaliknya.. Cuma kita manusia tak tahu apa kebaikkan Nya, as kita dok sibuk dengan kedukaan yang menimpa kita...

Aku dah satu kedukaan yang bagiku, sepanjang kehidupan aku, itulah yang paling "high rank" sekali.. aku menjadi seorang yg amat pasif selepas keguguran pada 10 December 2009 yang lalu... Tapi Alhamdulillah, aku berjaya mengatasinya, berkat sokongan suamiku, ibuku, kakak2 ku, adikku dan rakan rakan... masing masing selalu memujuk.. dan memberi kata kata peransang..... terima kasih kembali...

Selepas peristiwa tersebut, aku sentiasa mengalami penyakit lain yang berturut2... 15 December 2009, aku dijangkiti conjunctivitis.. dan aku cuma pulih pada 4 February 2010.. n dah jumpa 3 org doktor, and dah pegi pun refer kat specialist 2 kali.. but cam tu juga... bayangkan, selama dekat 2 bulan mata ku sentiasa berair, dan pedih.. aku jaga kebersihan diri.. supaya penyakit ini tidak di jangkiti suamiku.. sentiasa basuh tangan selepas mengelap mata yang berair... kemudian, somewhere middle january, aku kena pulak masalah E.N.T yang amat serious.. dan sehingga kini, masih tak sembuh... dan kemudiannya, aku ada masalah balancing.. especially masa bangun dari tidur.. rasa kepala ku berpusing pusing macam merry go round... nie bermula kira kira 3 minggu yang lepas.. aku tetap sabar... kerana, setiap dugaan, Allah janjikan ganjaran buat umatnya yang sabar dan redha...

Alhamdulillah, dalam semua perkara perkara nie, suami aku tetap di sisi, dan memberi pertolongan.. susah nak cari suami cam nie zaman sekarang... yang boleh membantu isteri bila mana isteri tidak sihat.. Terima kasih suami ku yg amat aku sayangi...

sebut pasal perkahwinan, adikku ada bagitau, yang mana kawannya (lelaki) telah berkahwin pada umur 23 tahun... dan kawannya itu berkata pada adikku " Shukur, best tau kawin nie.."...
Aku betul betul nak tergelak bila dengan statement tu.. "best kawin?"... best dari segi apa tu???

Bukan lah aku nak kata kawin nie tak best.. cuma perkahwinan tak boleh nak sama kan macam kita pegi piknik - best... or pegi tgk wayang - best... perkahwinan is commitment.. is not something that boleh take for granted.. sebagai contoh, if nak kahwin, seseorang kena pikir, apa tujuan perkahwinan itu.. kalau untuk seronok seronok... lupakan la niat tu.. belajar dulu tentang kehidupan... sesebuah perkahwinan adalah suci... bukan untuk seronok seronok.. nanti, bila dah tak seronok, nak buat apa?? bercerai?? sebab tu, nak kahwin, ilmu kena ada.. bukan la i sokong untuk commit adultery... dalam islam pun Allah dah cakap, kalau sesiapa yang tak mampu kahwin, berpuasa lah kamu.. kerana puasa itu dapat mengelak perkara2 yang mungkar... tak mampu nie bukan dari segi income je... mesti dari segi mental dan fizikal... ye la, especially bagi lelaki.. nak jadi pemimpin rumah tangga.. ilmu Islam dah faham ke.. solat jaga tak?? kalau la itu tak jaga, lupakan niat suci murni nak kawin.. belajar dulu... fahami dulu.. kan Allah kata, manakan sama dengan org yang berilmu dengan tidak... berilmu nie, bukan la setakat pegang ijazah semata mata..

org sekarang pandang "ha budak tu ada ijazah, eh yg tu plak ada PHD, eh yg tu lagi kaya.. ada 2 biji rumah, 3 kereta..."... tapi, apa guna sumer benda nie, kalau solat pun tak gheti.. membazir je kan... nak kawin, tapi tak gheti nak solat.. cam ne nak solat sunat lepas nikah nanti... cam ne nak imamkan isteri n anak2.... buat malu je... kalau tak solat, nanti bila anak dah sekolah, kan ada praktikal solat kat sekolah.. bila ustazah tanya kat anak ' kamu nie mak ayah kamu tak pernah ajar kamu solat ke?".. n anak dengan penuh jujur, "mak ayah tak pernah solat"... malu tu mak oi... bukan setakat ustazah tu je tau, semua rakan rakan anak akan tau, dan secara tak langsung, satu komuniti akan tau.. ha.. pikir la sekarang.. malu tak if jadi benda cam tu... tentu malu kan....

takat nie ja la.. penat dah menaip.. banyak lagi sebenarnya nak citer.. but jari dah cram... tak leh type dah...

apa apa pun, selamat menyambut setahun perkahwinan pada suamiku syg... semoga ia akan berkekalan buat selamanya...



Saturday, February 13, 2010

:: Aku Bukan BODOH, BUTA & PEKAK::

Salam...

First thing, I nak mengucapkan takziah pada kawanku, Hanif and ex boss ku, Pn Sharijah, yang telah kehilangan bapa dan ibu masing masing pada bulan February 2010. Al-Fatihah buat keduanya. semoga mereka di antara org org yang beriman.... Aku faham akan kehilangan mereka.. kerana, aku pernah merasainya pada thn 2007.. pedihnya terasa hingga kini... tetapi, bukan itu yang ingin ku luahkan pada hari ini...

Hari ini, 13 February 2010, aku rasa telah diperbodohkan oleh manusia manusia yang menganggap aku BODOH / BUTA / PEKAK... hmmm.... silap... mereka amat silap... yg nyata BODOH, BUTA dan PEKAK adalah diri mereka sendiri.. kerana... meh aku terangkan satu persatu...

BODOH kerana, walaupun mempunyai ilmu, tapi mereka tak pernah pakai... ataupun cuba pakai.... apa yang mereka tahu cuma pentingkan diri sendiri.. dan akibatnya, mereka akan menanggung dosa.. dan believe me,.... Perkara perkara yang mereka lakukan itu ku kira terkutuk dan telah di jelaskan di dalam Al Quran... oi.. tak baca Al Quran ke..?? tahu sebut tapi tak tahu apa isi kandungannya.. I believe, if mereka mereka yg di sebutkan itu memahami isi kandungan Al Quran, mereka tidak akan melakukan perkara perkara yang menyakitkan hati ku...... Takpe.. Allah lebih mengetahui.. takpe la.. mereka mereka ini kan BODOH... org org yang bodoh nie tak payah lah nak di layan sangat kan.. buat menyemak kepala otak je..

BUTA.. nie tak payah la aku nak cerita.... sedangkan TV sumer ada dah tunjuk... aku nampak dgn jelas apa yang telah mereka cuba lakukan... mereka yang buta, tak nampak how fast the things will be air in the news....

PEKAK.. sedangkan dinding pun ada telinga kan... but mereka nie mmg pekak... sbb, mereka tak dengar apa yg mereka cakapkan itu boleh di dengar oleh org lain...

kali ni mmg kasar apa yg aku tulis... tapi satu je aku nak ingat kan org org yg BODOH, BUTA, dan PEKAK... what goes around comes around...what u give, u get back.. if aniaya org lain, tak lama u all yg kena balasannya.. DOA ORG YANG TERANIAYA TAK DE HIJAB DGN ALLAH...

aku takde masa nak doakan keburukan org lain.. cuma kalau aku amat sakit hati, aku cuma boleh berdoa " semoga Allah panjang kan usia kamu.. kalau boleh sampai 100 thn.."

lastly, AKU BUKAN BODOH, BUTA & PEKAK....................

Saturday, February 6, 2010

::Ibu (tribute to my mother)::

Orang kata, kasih ibu membawa ke syurga... Aku memang sokong kata kata itu... Bagi aku, Ibu aku adalah insan yang amat istimewa pada ku...

segala kesusahan yg dia hadapi, tak pernah di tunjukkan di hadapan kami anak anak... begitu ketabahan seorang ibu menghadapi dugaan dan cabaran dalam membesarkan kami seramai 4 org.. Ibu ku sentiasa tersenyum tenang... walaupun di dalam hati bergelodak seribu macam perasaan...

setiap kali aku mengingatkan kesusahan ibu ku di waktu yg lalu, iaitu semasa membesarkan kami, air mata ku akan tumpah.. kerana ketabahan dan kesabarannya, kami berempat, berjaya dalam hidup kami... kami tak perlukan bantuan sesiapa untuk berjaya ke tahap ini... semua adalah berkat kesabaran ibu ku.. yang tak pernah kenal erti lelah... dan ibuku percaya yang kami akan berjaya.. dan berdikari... tanpa bantuan sesiapa... tanpa ehsan sesiapa...

aku adalah anak bongsu perempuan.. dan aku tahu.. walaupun ibuku tidak pernah menyatakannya, aku adalah anak kesayangannya... kerana aku adalah kekuatannya... aku adalah temannya yang setia... aku di lahirkan supaya dia tegar menghadapi semua ujian yang mendatang...

semalam... 5 February... ulang tahun ibuku... aku merenung ibuku... sudah nampak tua... aku sedih... bukan sedih kerana dia tua.. sedih kerana, dia menghabiskan hidupnya untuk membahagiakan kami semua.... dia tak pernah ada masa untuknya sendiri... semua masanya di gunakan untuk kami.... membesarkan kami... membahagiakan kami...

Tiada sesiapa yang boleh menggantikan tempat ibuku... bagiku, ibuku adalah insan terhebat di alam ini... dan bagiku, ibuku adalah segalanya...

Ya Allah, Kau berikanlah kebahagiaan kepada ibuku di dunia dan di akhirat... kerana dia adalah insan teristimewa bagi ku...

Ami, I love you forever....

Friday, February 5, 2010

::Lagu::

Salam.. al kisahnye.. aku nie ada banyak koleksi lagu-lagu melayu lama. suka dengar lagu lama lama melayu nie.. kawan2 aku panggil rock kapak... bukan la apa, lagu lagu lama nie ada makna tersirat.. poetic... not like lagu lagu sekarang... bagai diri tapak sulaiman la.. ntah la.. . few days back, aku dengar la satu lagu nie.. n bukan sekali la aku dengar... banyak kali juga la.. bayangkan, perjalanan office dekat 1 jam 10 mins, aku dengar lebih dari 6 kali... hehehe... masih terngiang ngiang lagi lagu nie kat telinga aku... so, my fav songs for this week is "suara kekasih"...

Hadiran ombak membelai pantai
Tiada putusnya percintaan itu
Hembusnya bayangmu menyejukkan
Tapi tiada terhenti dahaga
Kerinduan suara kekasih
Membelai hatiku
Suara kekasih
Membasuh lukaku

Tibanya sinar bulan di laut
Dengan ribuna alunan kemesraan
Membawa kenangan yang berlalu
Dengan ribuan warna keemasan
Suara kekasih
Membelai jiwaku
Suara kekasih
Yang menyejukkan ku

Terdengar suaramu yang suci
Pabila terkejut dari mimpi
Ku manyakinkan suara itu
Memanggil daku dengan harapan
Tapi sayangnya alunan ombak
Yang memecah diri sangkaku
Suara kekasih
Yang memanggil daku
Suara kekasih
Di malam yang indah

Wednesday, January 27, 2010

::Macam macam ragam manusia::

Salam,

Ramai orang banyak la ragamnya.. tu kata orang dulu dulu.. Tapi bagi aku, kalau nak ikut ragam pun, biarla yang berpada pada... bukan apa, ada la nak luahkan rasa tak puas hati aku tentang seorang budak ni... (nak kata budak, dah boleh beranak dah...)

Aku cukup benci dengan PENDUSTA... kalau nak berdusta dengan orang lain, lantak pi la.. i dont care... but, tolong la jangan nak berdusta dengan aku... aku cukup benci.. benci tau....

dan aku cukup benci dengan org yang berpura pura... amat benci... depan aku kau cakap lain, but belakang aku, kau buat benda lain... jangan la ingat aku tak nampak, tak pe.. ALLAH nampak.. setiap benda yang kau buat tu ada di catat kan.. jgn ingat nak jaga perhubungan dgn Allah je, hubungan dengan makhluk pun kena jaga juga....

entah la.. baru baru ni, aku banyak di kejutkan dengan banyak benda...Aku cuma boleh berdoa pada Allah, tolong la jauhkan aku dari semua benda benda mengarut nie...