INGATLAH!

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH... MAKA HATI AKAN MENJADI TENANG...

Monday, May 24, 2010

:: ISTERI ::

Salam...

Hari nie nak bercerita tentang isteri pulak...

sebuah perkahwinan adalah sebuah commitment yang sgt tinggi... ibarat sebuah masjid.. bayangkan, salah satu tiang masjid roboh, nescaya roboh lah masjid tersebut... tak dapat nak menanggung para jemaah di dalam masjid tersebut.. dan akibatnya, para jemaah terpaksa mencari masjid lain, ataupun, langsung solat di rumah sahaja...

Kami, seorang wanita, melangkah keluar dari rumah ibu bapa kami, yang di penuhi dengan kasih sayang, menuju ke rumah suami, untuk membina sebuah keluarga yang baru. Kami, seorang wanita, juga seorang isteri, amat berharap, agar rumah baru kami juga di penuhi kasih sayang.. yang akan menyebabkan kami tak merasa rindu pada rumah lama kami.. Kami adalah sebuah AMANAH untuk para suami.. AMANAH dari ibubapa kami, dan AMANAH dari Allah.. Kerana kami adalah seorang wanita, seorang yg lemah lembut, seorang yg penyayang... Kami menyayangi suami kami seikhlas hati kami.. bukan kerana sesuatu perkara yang material.. Namun begitu, mengapa suami kami tetap mencari kesalahan kami??

Peranan seorang isteri tidak tamat apabila di pejabat.. mana yang ada anak, akan sentiasa risau akan apa nasib anak2 di rumah, yang di jaga oleh pembantu rumah atau nursery.. Dan sentiasa mencuri masa untuk menelefon rumah atau nursery untuk update keadaan anak anak mereka.. Si suami ada masa tak untuk fikir semua ini??? TENTU TAK ADA... semuanya, terletak di bahu seorang isteri...

Si isteri, bangun seawal pagi, untuk ke pejabat. kemudian, pulang, si suami pula inginkan belaian.. kemudian, kena masak dan mengemas apa yang patut... sedangkan, si suami, bersenang lenang bersandar di hadapan televisyen.. Adilkah dunia ini.. namun begitu, isteri tak pernah bersungut...

Namun begitu, jangan lah si suami mengambil kesempatan ini utk menganiaya si isteri.. di dalam islam, tugas isteri hanyalah melayani suami dan mendidik anak anak.. yang lain tu, suami kena buat... tapi, zaman sekarang, si suami di layan seperti seorang raja.. bila dah rasa macam seorang raja, mulalah nak nak cari pasal...

Dugaan seorang isteri nie banyak... salah satu dugaan adalah bila mana ada pompuan gatal yang tak sedar diri kacau rumah tangganya... apa lagi seorang isteri boleh buat.. selain dari pasrah.. dan pompuan gatal tu nak cerai beraikan suami isteri tadi.. apa yang mereka akan dapat?? kepuasan?? mereka lupa, bahawa ALLAH itu WUJUD, dan SANGAT ADIL... mereka takkan bahagia di dunia dan di akhirat... mereka akan tersiksa selamanya... (tajuk ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam akan datang.. :P)

Seorang isteri, walaupun lembut, walaupun nampak lemah, namun, tanpa kami, org lelaki takkan dapat hidup bahagia.. kerana, kamilah pelengkap hidup mereka...

Oleh itu, para suami semua, hargailah perngorbanan isteri kamu.. hargailah segala apa yang telah diberikan oleh isteri kamu.. sayangilah isteri kamu... nescaya, kamu akan lebih bahagia...

Thursday, May 6, 2010

Friday - May 7, 2010

Salam...

Minggu nie aku rasa banyak benda menimpa aku. Alhamdulillah, berkat Allah sayang kat aku, Allah gerakkan hati HRPD untuk list kan nama aku ke kursus "Health and Wellness" pada hari rabu lalu - May 5, 2010.

Isi kandungan kursus tu la yang menyebabkan aku masih boleh berdiri di bumi dengan bangganya. as, permulaan kursus, di beri 1 kata yg aku akan pegang sampai akhir hayat ku, "Wake up and love your life"... Allah beri tubuh badan kepada kamu sebagai amanah.. jaga amanah tersebut. jaga kesihatan. hilangkan segala apa penyakit pun pada tubuh kamu. Sayangi tubuh badan anda.. nie la di antara kata2 Dato' Nur Asyikin, founder of PrimaNora Medical Centre. Alhamdulillah, aku punya semangat baru untuk meneruskan kehidupan ini.. Jangan pedulikan org lain.. Just live ur life to the fullest..

Allah beri aku dugaan sedikit, aku dah melatah.. ntah la.. bagi aku bukan sedikit ujian tersebut. Ia mencabar harga diri ku sebagai seorang wanita.. But, Aku tak rugi apa apa pun. Aku tak kehilangan apa apa pun. Aku tetap dapat apa yang aku inginkan.. Tu yang Allah telah berikan kepadaku buat masa ini.

Allah telah berikan aku segalanya.. sebuah kehidupan tanpa cacat dan celanya. Allah berikan aku Ilmu dan Akal yang tinggi untuk ku pertimbangkan segalanya sebelum melakukan sesuatu yg bodoh.... Allah beri aku kerja yang besar.. Allah beri aku rezeki yang banyak... Allah berikan aku sebuah rumah.. Aku tak perlu mengharap ehsan sesiapa pun untuk hidup di dunia ini... Allah menjadikan aku org utama pada org sekeliling ku. Allah sayang aku. Allah beri aku nikmat yang dia tak beri kepada manusia manusia yang terkutuk... Allah sayang aku, sebab tu dia duga aku. Allah tak beri aku kesenangan tanpa kesusahan.. dan aku redha, kerana jika semua yg aku terima adalah kesenangan semata-mata, tu adalah sumpahan Allah, Kutukan Allah.... tapi, Allah bagi aku kesusahan, dan akan di ganti dengan kesenangan.. sebab Allah sayang aku...

Ya Allah, hanya kau tempat aku mengadu... Hanya engkau tempat aku berserah, Hanya engkau tempat aku sembah... Tanpa Kau Ya Allah, aku tidak akan ada di dunia ni...

Ya Allah, kau hidupkan aku dan matikan aku di dalam keredhaan Mu.. di dalam kasih sayang MU.. Ya Allah, hanya kau yang aku cinta.... Hanya Kau Ya Allah....

Ya Allah, ku pinta padaMu, agar kau hukumlah manusia manusia yang berlagak itu.. yang tidak kenal akan kekuasaan Mu.. Hanya engkau yang boleh menghukum, kerana Kau Maha Kuasa...

Wednesday, May 5, 2010

::IRON MAN::

Salam..

Last Saturday - 1.05.2010, me,hubby, brother n mother gi tgk citer Iron Man 2 kat Pavillion... Ok la citer tu.. Sian my mum.. bukan taste dia la utk tgk citer tu, but, dia ikut juga - (setelah kena paksa ngan i n my brother.. hehehe..).. bukan apa... sebab nak bawa gi Pavillion tu.. window shopping la skali.. as thats my first time la gi pavillion.. jgn la terkejut.. for me, bakpe nak gi KL if kat shah alam nie dah "macam2 ada".. parking je that day RM15.. bakpe.. buat bazir je.. since gi pavillion nie, sbb dapat tiket free la nie.. 5 tickets for Iron Man 2.. pe lagi.. siap ngan dapat pop corn n air coke.. n bayangkan, membawa balik lebih sedozen popcorn.. dapat free... depa dok pass masa tgk wayang tu.. amik je la.. utk my anak buah...

......

thoughts of the day: Jikalau org buat jahat kat kita, Allah akan balas kejahatan tu dengan lebih dasyat.. contohnya, accident.. patah tulang.. total lost of car.. (balasan dari Allah pada manusia yg tak pernah paham)

Tuesday, May 4, 2010

::JALANG::

Salam...

Hari nie aku nak kisahkan sebuah kisah lah yg tertulis di dalam salah sebuah majalah.. sedih aku baca.... memikirkan nasib seorang isteri yang setia terhadap suaminya, yang mana suaminya curang dengannya selepas beberapa bulan kahwin dengannya...


Al kisahnya begini...
********************************************************************************
Namaku Lina. Aku baru berkahwin selama 3 tahun.. satu jangka masa yg pendek.. dalam usia perkahwinan yg mentah, berbagai cabaran telah ku hadapi.. aku seorang wanita yg berkerjaya tinggi. walaupun begitu, kerja di rumah tidak ku abaikan langsung.. walaupun letih pulang dari kerja, aku tetap melakukan tanggung jawabku sebagai seorang isteri... namun begitu, baru baru ini aku di kejutkan dengan 1 berita, di mana suamiku meniduri bekas kekasihnya (Siti yang bekerja di sektor awam) 6-7 bulan baru berkahwin. aku menangis.. hanya itu yg mampu ku lakukan.. aku sedih.. dan, langsung aku menelefon Siti, dan meluahkan apa yg terbuku di hatiku.. bukan apa, bagiku, seorang yg berpendidikan tinggi seperti Siti, dan seorang pendidik, tidak harus melakukan sesuatu di luar kawalan akal.. dan Siti, dengan bangganya, mengatakan, aku terlalu percaya pada suamiku. dan dia merasa kasihan dengan nasibku.. dan dia menempelak aku mengatakan aku juag buakn seorang yg baik... perlu di nyatakan disini, yg perlu di kasihan bukan aku.. sepatutnya dia.. kerana dia menjalinkan hubungan haram dengan lelaki yg bukan suaminya.. apa yang dia dapat.. dia tak dapat apa apa, melainkan perhubungan haram.. dan bukan menjadi miliknya pun.. Dia rugi dan kalah.. dan tenant aku tidak baik, sekurang-kurangnya, aku tidak melakukan seks rambang dengan jantan jantan lain.. dan aku hanya melakukannya denagn SUAMIKU.. kasihan dia.. tak kenal siapa dirinya sendiri... seorang JALANG... siapa yang beristerikan dia juga lelaki malang.. dan mungkin lelaki itu juga suka rambang seks sepertinya.. bayangkan, boleh buat aksi dalam keretanya.. bagi aku, aku tak rugi apa apa.. sedangkan, suamiku, telah hilanglah segala hormat ku kepadanya.. dia telah menghilangkan semua tu dalam satu perlakuan dengan perempuan, yg ku kira sebagai seorang JALANG.... akibat seks dgn Siti, suamiku telah di jangkiti dengan penyakit kelamin, yg kemudiannya mengakibatkan aku keguguran 7 bulan.... betapa sedihnya hati ini bila bayi yang bakal lahir mati hanya kerana nafsu JALANG dan suamiku sendiri... Nak salah kan suami ku?? mana ada kucing nak tolak ikan.. lebih lebih lagi kalau ikan tu dah siap di hidang dalam pinggan... Aku tak salahkan Jalang tersebut... sebab, kalau dah JALANG, mmg la begitu sifatnya..

*****************************************************************************

Komen aku:

Daripada kerajaan sibuk nak kenalkan pendidikan seks pada student sekolah menengah, ada baiknya mereka beri pendidikan seks pada kakitangan mereka sendiri yang sememangnya penuh dengan manusia liar dan uneducated... kalau dapat tangkap mereka buat benda tak senonoh, buang je mereka nie dari kerja, dan suruh depa nie jadi call girl sepenuh masa.. hehehe... jangan mare...