INGATLAH!

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH... MAKA HATI AKAN MENJADI TENANG...

Thursday, August 12, 2010

::Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak::

Salam..

Selamat berpuasa buat semua rakan-rakan ku (yang aku sayang je.. yang aku tak sayang, tak de nye... - nak tau korang tu adalah golongan yg aku sayang senang je..org yg tak pernah langsung menganiaya aku dgn cara penuh zalim.. so far ada sorang je sepanjang hidup aku aniaya aku..n aku mmg tak sayang dia.. tak perlu aku sebut org nyer sapa.. semoga Allah membalas segala perbuatannya yg penuh terkutuk!!)

walaupun agak lewat aku mengucapkannye.. namun aku tetap mahu juga mengucapkannya.. (apa ayat tu..)

First day pose.. tak terasa sgt... begitu juga dgn second day pose.. biasa je..

Kenapa perlu berpuasa??? adakah hanya untuk menahan lapar dan dahaga?? apa erti sebenar puasa...

soalan nie juga di tanya oleh anak sedara aku yg berumur 8 thn... kenapa Allah suruh kite berlapar.. Allah tak kesian ke kat kite?? nie antara soalan cempu emasnye... biasala budak... belum tahu apa faedah berpuasa... tak kisah la.. sebab BUDAK lagi.. ada la yg di panggil BAPAK budak pun tak leh nak pose.. memalukan la.... anak sedara aku yg 8 thn tu pun dah start pose penuh dari umur 6 thn... nie yg dah besar panjang... tak thn.. ntah apa yg tak thn tu pun aku tak tau la...

so.. berbalik pada soalan anak sedara aku tadi.. aku pun bagi la jawapan bernas..

------

Adam, dalam setahun ada 12 bulan... 11 bulan nie adam dah makan dan minum dgn sepuas puasnya.. kadang2 tak berhenti pun dari makan kan.. mulut tu mesti ada je benda nak mengucah...sebulan nie je Allah suruh kite puasa... bukan untuk siksa kite.. utk tolong kite... supaya perut kite sihat...

Adam.. cuba adam tgk, bila adam pasang TV lama lama, apa akan jadi?? mesti panas kan.. bila terlalu panas, apa akan jadi? lama lama dia akan rosak kan.. (alasan tak leh tgk TV lelama di masukkan sekali dalam tazkirah pada hari nie..).. so, kadang2 kite mesti tutup TV bila dah lama sgt kite tgk kan.. betul tak... barang pun boleh rosak jika pakai lama lama, niekan badan kite... sebab tu Allah bagi kite supaa sihat sentiasa... bukan Allah suruh kite pose sampai sethn...

Adam, bila kita berpuasa, kita akan latih diri kita sabar.. dan redha dgn apa yg jadi kat kita...

Adam, mesti adam pernah dengar pasal kanak2 di Palestine, Somalia, kan.. mereka tak dapat makanan... Adam baru kena puasa sebulan, itu pun ada sahur dan berbuka.. makan waktu berbuka best best... kanak2 kat Palestine, puasa diorg puasa terus.. takde makanan... minuman, ubat ,.. Adam tak kesian ke kat mereka.. tapi mereka tabah... sabar...

Adam, cuma dengan puasa ni, adam boleh merasa sedikit bebanan yg di gtanggung oleh org yg kebuluran...

sebab tu kite tak boleh buang makanan.. ha.. dah.. habiskan nasi tu.. dari tadi dah minum 2 gelen air.. siapa suruh.... cepat... maghrib nak habis nie...

---------------

begitulah end of tazkirah aku pada hari ni utk Adam ku...

Tuesday, August 3, 2010

:: Sarung Bantal::

Salam...

Nak bercerita tentang sarung bantal lak hari nie.. masa kawin ari tu, my mum bekalkan 4 buah bantal kekabu (i tak pakai bantal yg beli jenama vono ke, dunlop ke.. tak de class la.. :P.. cuma bantal kekabu saje yg sesuai dengan kepala aku..)... so, hari sabtu ari tu, nak tukar selera sarung bantal la plak.. hehehe.. nak beli siap tak boleh, sebab bantal kekabu nie kecik sket...

Bermula la projek ku membuat sarung bantal (I am the one who going to sew it, ok..)

Task pertama - pergi ke jakel.. membuat pilihan.. mata dah rambang tgk kain baju kurung nie la plak.. stop.. tujuan utama beli kain utk sarung bantal.. fokus.. fokus.. fokus..

pembantu jakel: "ye kak, cari apa kak.."
me: "kain utk sarung bantal la adik"
pembantu jakel: "cotton ke akak?"
(dalam hati rasa nak campak je dia.. takkan la aku nak kain sutera or french lace lak utk buat sarung bantal.. of course la cotton.. apa la..."
me: "ye dik.. cotton la.."
pembantu jakel" "di situ ada kak.. mari" (sambil menuju ke arah yg dimaksudkan)..

aku belek2 kain tu.. mmg la cotton.. tapi tak sesuai utk aku.. nipis giler.. taknak... aku pun tanye la, takkan nie je.. n pembantu jakel tu kata, kat tingkat 2 ada lagi banyak choices...

aku pun naik la.. naik pakai lift terus.. taknak pakai escalator.. nanti terpengaruh dgn kain kain yg tak sepatutnya di beli pada hari itu... bahaya....

di tingkat 2, ada banyak la jenis kain yg sesuai utk sarung bantal.. rambang mata la jap... macam2 kaler n design... entah la.. aku tak tau kenapa, tang sarung bantal aku lebih pada kaler pink.. (walaupun itula kaler yg paling aku menyampah skali...)

aku pun point la pada 2 jenis kain.. n berkata, "dik, 2 meter setiap 1 nie ye.."..

satu tu berbunga fresh flower- bunga rose yg nampak hidup.. cantik giler la... yg lagi satu bunga-bungaan berserta daun daunan yg menyejukkan mata memandang...

task 2 - basuh kain tu dulu before jahit.. takut kain tu shrink plak nanti...

task 3 - dah basuh, jemur la dulu.. supaya kering..

task 4 -menjahit sarung bantal tersebut pada hari ahadnye... 2 meter dapat 4 sarung bantal ku.. wah... menjahit di rumah my mum.. tak sampai 2 jam, proses memotong dan menjahit kesemua sarung bantal tersebut..

(my mum dalam proses melihat aku menjahit, berkata, "tak sia2 kan aku hantar ko belajar jahit dulu"..)

hehehe.. actually mmg betul.. takat sarung bantal nie, pejam mata je aku buat.. baju kurung, baju kebaya moden, baju benggali, aku pandai la juga.. cuma 1 je la masalah... takde masa....

hmm.. tu je la buat ari nie...

Sunday, July 4, 2010

..:: Kursus ::..

Salam...

Lama tak menulis.. banyak sangat gangguan emosi yg melanda lately.. wah... biasala... banyak sgt stress.... hehehe...

hari nie, 5 July 2010, aku ada kursus. two day course. biasala.. finance officer kan.. (nama gah, tapi tak la se gah mana....) hehehe..

org tu membebel kat depan.. aku kat belakang, main facebook n tgh type blog la nie.. dah ngantuk giler dah.. colleague aku baca majalah Business.. lagi best... aku toleh dia.. dia toleh kat aku.. kami gelak2... dalam senyap.. rosak rosak...

dah la hari nie nak buat closing account - since hari jumaat hari tu aku MC... biasala... disebabkan masalah emosi melanda jiwaku, banyak la penyakit malanda diriku.. wakakaka... takde la.. dah nak sakit.. sakit juga... nak buat cam ne...

karang pukul 10.30 pagi, ada makan.. wah.. jimat belanja makan aku utk 2 hari nie.. pkl 12.30 pun makan lagi, and pkl 3.30 pm makan lagi... gumuk la 2 hari nie...

hmm... ok la.. nak main facebook jap...

Wednesday, June 2, 2010

:: Lagu Jiwang ::

Salam...

Sesampainya aku kat office pada hari ini, aku start mission aku mencari lagu-lagu lama @ ala jiwang karat.. Bukan apa.. lagu2 lama nie poetic sikit.. as aku kan minah poet... unlike lagu2 zaman sekarang... semua melalut.. (tak sumer la. ada yg ok.. but banyak melalut la..)

ada la org comment, apa kelas dengar lagu jiwang.. tak best langsung.. (sampai comment citer valentines day tu tak best langsung - tapi tgk juga.. n nak juga ada boipren.. especially suka cari suami org.. biasala.. org yg tak laku mmg slalu cam tu.. R.A.K - the UGLY BITCH).. tapi, org cam nie, biasala.. mengaku diri tu rock.. kewl.. tapi sebenarnya, munafik atau dia nak jadi "wanna be" punye org la.. but basically, she is pathetic..

by the way.. lupakan pasal tu.. n lagu lagu lama nie mmg best.. nie aku sertakan lirik lagu yg aku tgh dengar....

********************************************************

FIRASAT KASIHKU - PROJEK

Semalaman waktu pun menyepi

Purnama hilang

Embun pun bermimpi

Di kamar usang ku menghitung hari

Sakit mentari di nodai

Dalam hakikat janji mu ku ikat

Dalam firasat luka pun terubat

Segala pertanyaan tiada terjawab

Dalam debar mencari kasih

Pasti seribu tahun lama

Aku tetap menanti

Pesona cinta kau tiada

Bersembunyi

Anggunnya di wajah mu sinar cahaya

Kehalusan bak sutera

Itu yang ku rindu

Penyuluh jiwa

Bagai penawar derita

Tetapi gelora terbakar jua

Entah bil;a mendung menyapa tiba

Ku capai cahaya tiada terdaya

Terdampar menaggung luka lama

Bagaikan terasa kau mempersenda

Atau mungkin jua hanya menduga

Selagi hakikat kasih ku ikat

Atau firasat mu tak menentu…

********************************************************
RAHSIA DI DALAM RAHSIA - METROPOLITAN

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan…

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

Tersesat kita dalam perjalanan

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

********************************************************

Dua dua nie lagu all time "faveret".. (baper banyak la lagu "faveret" aku daa...)

----------------------------------------
Lagu yg paling menyayat hati....
----------------------------------------

CURANG - LAKSAMANA

Bagaikan tiada lagi
Mentari pagi hari
Suram dan kelam
Dan aku pun menyendiri

Perginya entah kemana

membawa hati luka
Kerna kucurang
Pada cinta yang kau serah

Dan bagaimanakah

Harus kubawa engkau semula
Kembali bersama
Menyusuli cinta kita dulu

Kugenggam baramu

Walaupun panas tak ku terasa
Demi mu ku ingin kembali
Pasti tak ku ulangi

Pulanglah oh sayang

Bersama salju rindu kasihmu
Izinkan ku kembali lagi di hatimu

Biarpun payah kau terima

Pasti ku cuba…….

Terlanjurnya dahulu

Kerana ikutkan nafsu

Tanpa ku tahu

Tangis hiba mu yang merindu

-----------------------------------------------------


Ntah kenapa bila engar lagu nie, au rasa sayu sgt... hmm.... penyanyi tu nampaknya amat kesal.. dan dia sayang kan kekasihnya.. tau takpe... sedar pun... penyanyi tu curang dengan org yg mmg dia taknak.. tapi.. mengapa mesti curang??? sudah takdirnya begitu...

-----------------------------------------------

SUDAH TAKDIRNYA BEGITU - SAMUDERA

hidup ibarat di dalam sangkar
mata terlepas batinku tersiksa
rindu membara dan kian membakar
dipinggir hati yang sengsara

masihkah dapat aku hiaskan
cintamu itu ditaman hatiku
kepada Tuhan kuterus berdoa
agar kembali ketenangan

walaupun kusedari hebatnya dugaan
namun hatiku menaruh harapan
seringkali ku terasa inginnya kuulangi
saat yang indah bersama dirimu

kasih yang bersarang dihati
wangi bagai harum kasturi
seandainya takdir mengizinkan relanya
aku menyambung semula
ikatan yang telah putus dulu

bukan niat kita untuk berpisah
tetapi keadaan yang memaksa
lalu kitapun masih terus saling merindu
kerana sudah takdirNya begitu

Hidup ibarat didalam sangkar
mata terlepas batinku tersiksa
rindu membara dan kian membakar
Dipinggir hati yang sengsara
-----------------------------------------------------



Monday, May 24, 2010

:: ISTERI ::

Salam...

Hari nie nak bercerita tentang isteri pulak...

sebuah perkahwinan adalah sebuah commitment yang sgt tinggi... ibarat sebuah masjid.. bayangkan, salah satu tiang masjid roboh, nescaya roboh lah masjid tersebut... tak dapat nak menanggung para jemaah di dalam masjid tersebut.. dan akibatnya, para jemaah terpaksa mencari masjid lain, ataupun, langsung solat di rumah sahaja...

Kami, seorang wanita, melangkah keluar dari rumah ibu bapa kami, yang di penuhi dengan kasih sayang, menuju ke rumah suami, untuk membina sebuah keluarga yang baru. Kami, seorang wanita, juga seorang isteri, amat berharap, agar rumah baru kami juga di penuhi kasih sayang.. yang akan menyebabkan kami tak merasa rindu pada rumah lama kami.. Kami adalah sebuah AMANAH untuk para suami.. AMANAH dari ibubapa kami, dan AMANAH dari Allah.. Kerana kami adalah seorang wanita, seorang yg lemah lembut, seorang yg penyayang... Kami menyayangi suami kami seikhlas hati kami.. bukan kerana sesuatu perkara yang material.. Namun begitu, mengapa suami kami tetap mencari kesalahan kami??

Peranan seorang isteri tidak tamat apabila di pejabat.. mana yang ada anak, akan sentiasa risau akan apa nasib anak2 di rumah, yang di jaga oleh pembantu rumah atau nursery.. Dan sentiasa mencuri masa untuk menelefon rumah atau nursery untuk update keadaan anak anak mereka.. Si suami ada masa tak untuk fikir semua ini??? TENTU TAK ADA... semuanya, terletak di bahu seorang isteri...

Si isteri, bangun seawal pagi, untuk ke pejabat. kemudian, pulang, si suami pula inginkan belaian.. kemudian, kena masak dan mengemas apa yang patut... sedangkan, si suami, bersenang lenang bersandar di hadapan televisyen.. Adilkah dunia ini.. namun begitu, isteri tak pernah bersungut...

Namun begitu, jangan lah si suami mengambil kesempatan ini utk menganiaya si isteri.. di dalam islam, tugas isteri hanyalah melayani suami dan mendidik anak anak.. yang lain tu, suami kena buat... tapi, zaman sekarang, si suami di layan seperti seorang raja.. bila dah rasa macam seorang raja, mulalah nak nak cari pasal...

Dugaan seorang isteri nie banyak... salah satu dugaan adalah bila mana ada pompuan gatal yang tak sedar diri kacau rumah tangganya... apa lagi seorang isteri boleh buat.. selain dari pasrah.. dan pompuan gatal tu nak cerai beraikan suami isteri tadi.. apa yang mereka akan dapat?? kepuasan?? mereka lupa, bahawa ALLAH itu WUJUD, dan SANGAT ADIL... mereka takkan bahagia di dunia dan di akhirat... mereka akan tersiksa selamanya... (tajuk ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam akan datang.. :P)

Seorang isteri, walaupun lembut, walaupun nampak lemah, namun, tanpa kami, org lelaki takkan dapat hidup bahagia.. kerana, kamilah pelengkap hidup mereka...

Oleh itu, para suami semua, hargailah perngorbanan isteri kamu.. hargailah segala apa yang telah diberikan oleh isteri kamu.. sayangilah isteri kamu... nescaya, kamu akan lebih bahagia...

Thursday, May 6, 2010

Friday - May 7, 2010

Salam...

Minggu nie aku rasa banyak benda menimpa aku. Alhamdulillah, berkat Allah sayang kat aku, Allah gerakkan hati HRPD untuk list kan nama aku ke kursus "Health and Wellness" pada hari rabu lalu - May 5, 2010.

Isi kandungan kursus tu la yang menyebabkan aku masih boleh berdiri di bumi dengan bangganya. as, permulaan kursus, di beri 1 kata yg aku akan pegang sampai akhir hayat ku, "Wake up and love your life"... Allah beri tubuh badan kepada kamu sebagai amanah.. jaga amanah tersebut. jaga kesihatan. hilangkan segala apa penyakit pun pada tubuh kamu. Sayangi tubuh badan anda.. nie la di antara kata2 Dato' Nur Asyikin, founder of PrimaNora Medical Centre. Alhamdulillah, aku punya semangat baru untuk meneruskan kehidupan ini.. Jangan pedulikan org lain.. Just live ur life to the fullest..

Allah beri aku dugaan sedikit, aku dah melatah.. ntah la.. bagi aku bukan sedikit ujian tersebut. Ia mencabar harga diri ku sebagai seorang wanita.. But, Aku tak rugi apa apa pun. Aku tak kehilangan apa apa pun. Aku tetap dapat apa yang aku inginkan.. Tu yang Allah telah berikan kepadaku buat masa ini.

Allah telah berikan aku segalanya.. sebuah kehidupan tanpa cacat dan celanya. Allah berikan aku Ilmu dan Akal yang tinggi untuk ku pertimbangkan segalanya sebelum melakukan sesuatu yg bodoh.... Allah beri aku kerja yang besar.. Allah beri aku rezeki yang banyak... Allah berikan aku sebuah rumah.. Aku tak perlu mengharap ehsan sesiapa pun untuk hidup di dunia ini... Allah menjadikan aku org utama pada org sekeliling ku. Allah sayang aku. Allah beri aku nikmat yang dia tak beri kepada manusia manusia yang terkutuk... Allah sayang aku, sebab tu dia duga aku. Allah tak beri aku kesenangan tanpa kesusahan.. dan aku redha, kerana jika semua yg aku terima adalah kesenangan semata-mata, tu adalah sumpahan Allah, Kutukan Allah.... tapi, Allah bagi aku kesusahan, dan akan di ganti dengan kesenangan.. sebab Allah sayang aku...

Ya Allah, hanya kau tempat aku mengadu... Hanya engkau tempat aku berserah, Hanya engkau tempat aku sembah... Tanpa Kau Ya Allah, aku tidak akan ada di dunia ni...

Ya Allah, kau hidupkan aku dan matikan aku di dalam keredhaan Mu.. di dalam kasih sayang MU.. Ya Allah, hanya kau yang aku cinta.... Hanya Kau Ya Allah....

Ya Allah, ku pinta padaMu, agar kau hukumlah manusia manusia yang berlagak itu.. yang tidak kenal akan kekuasaan Mu.. Hanya engkau yang boleh menghukum, kerana Kau Maha Kuasa...

Wednesday, May 5, 2010

::IRON MAN::

Salam..

Last Saturday - 1.05.2010, me,hubby, brother n mother gi tgk citer Iron Man 2 kat Pavillion... Ok la citer tu.. Sian my mum.. bukan taste dia la utk tgk citer tu, but, dia ikut juga - (setelah kena paksa ngan i n my brother.. hehehe..).. bukan apa... sebab nak bawa gi Pavillion tu.. window shopping la skali.. as thats my first time la gi pavillion.. jgn la terkejut.. for me, bakpe nak gi KL if kat shah alam nie dah "macam2 ada".. parking je that day RM15.. bakpe.. buat bazir je.. since gi pavillion nie, sbb dapat tiket free la nie.. 5 tickets for Iron Man 2.. pe lagi.. siap ngan dapat pop corn n air coke.. n bayangkan, membawa balik lebih sedozen popcorn.. dapat free... depa dok pass masa tgk wayang tu.. amik je la.. utk my anak buah...

......

thoughts of the day: Jikalau org buat jahat kat kita, Allah akan balas kejahatan tu dengan lebih dasyat.. contohnya, accident.. patah tulang.. total lost of car.. (balasan dari Allah pada manusia yg tak pernah paham)