INGATLAH!

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH... MAKA HATI AKAN MENJADI TENANG...

Thursday, March 25, 2010

:: One Year Oready??::

salam...

Hari ni 26 Mac 2010.. Lusa 28 Mac 2010... setahun sudah aku bergelar seorang isteri kepada suamiku yang amat ku sayang- Siso...

Alhamdulillah, Allah telah memberi rahmat kepada kami sepanjang tempoh perkahwinan kami. Suka dan Duka tu asam garam kehidupan.. mana ada org sentiasa happy, ye tak.. mesti la ada sedikit kedukaan untuk menjadikan kita lebih tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan.. "kan ke sabar itu separuh dari iman"..

Allah menguji kita kerana Allah sayang kat kita.. Allah nak beri kita pahala "sabar, dan redha kepada ketentuanNya".. senangkan dapat pahala free nie.. sabar, dan redha... Allah bukan menguji kita dengan menarik apa yang diberi tanpa sebab. Setiap dugaan yang diberikan, mesti ada kebaikkan di sebaliknya.. Cuma kita manusia tak tahu apa kebaikkan Nya, as kita dok sibuk dengan kedukaan yang menimpa kita...

Aku dah satu kedukaan yang bagiku, sepanjang kehidupan aku, itulah yang paling "high rank" sekali.. aku menjadi seorang yg amat pasif selepas keguguran pada 10 December 2009 yang lalu... Tapi Alhamdulillah, aku berjaya mengatasinya, berkat sokongan suamiku, ibuku, kakak2 ku, adikku dan rakan rakan... masing masing selalu memujuk.. dan memberi kata kata peransang..... terima kasih kembali...

Selepas peristiwa tersebut, aku sentiasa mengalami penyakit lain yang berturut2... 15 December 2009, aku dijangkiti conjunctivitis.. dan aku cuma pulih pada 4 February 2010.. n dah jumpa 3 org doktor, and dah pegi pun refer kat specialist 2 kali.. but cam tu juga... bayangkan, selama dekat 2 bulan mata ku sentiasa berair, dan pedih.. aku jaga kebersihan diri.. supaya penyakit ini tidak di jangkiti suamiku.. sentiasa basuh tangan selepas mengelap mata yang berair... kemudian, somewhere middle january, aku kena pulak masalah E.N.T yang amat serious.. dan sehingga kini, masih tak sembuh... dan kemudiannya, aku ada masalah balancing.. especially masa bangun dari tidur.. rasa kepala ku berpusing pusing macam merry go round... nie bermula kira kira 3 minggu yang lepas.. aku tetap sabar... kerana, setiap dugaan, Allah janjikan ganjaran buat umatnya yang sabar dan redha...

Alhamdulillah, dalam semua perkara perkara nie, suami aku tetap di sisi, dan memberi pertolongan.. susah nak cari suami cam nie zaman sekarang... yang boleh membantu isteri bila mana isteri tidak sihat.. Terima kasih suami ku yg amat aku sayangi...

sebut pasal perkahwinan, adikku ada bagitau, yang mana kawannya (lelaki) telah berkahwin pada umur 23 tahun... dan kawannya itu berkata pada adikku " Shukur, best tau kawin nie.."...
Aku betul betul nak tergelak bila dengan statement tu.. "best kawin?"... best dari segi apa tu???

Bukan lah aku nak kata kawin nie tak best.. cuma perkahwinan tak boleh nak sama kan macam kita pegi piknik - best... or pegi tgk wayang - best... perkahwinan is commitment.. is not something that boleh take for granted.. sebagai contoh, if nak kahwin, seseorang kena pikir, apa tujuan perkahwinan itu.. kalau untuk seronok seronok... lupakan la niat tu.. belajar dulu tentang kehidupan... sesebuah perkahwinan adalah suci... bukan untuk seronok seronok.. nanti, bila dah tak seronok, nak buat apa?? bercerai?? sebab tu, nak kahwin, ilmu kena ada.. bukan la i sokong untuk commit adultery... dalam islam pun Allah dah cakap, kalau sesiapa yang tak mampu kahwin, berpuasa lah kamu.. kerana puasa itu dapat mengelak perkara2 yang mungkar... tak mampu nie bukan dari segi income je... mesti dari segi mental dan fizikal... ye la, especially bagi lelaki.. nak jadi pemimpin rumah tangga.. ilmu Islam dah faham ke.. solat jaga tak?? kalau la itu tak jaga, lupakan niat suci murni nak kawin.. belajar dulu... fahami dulu.. kan Allah kata, manakan sama dengan org yang berilmu dengan tidak... berilmu nie, bukan la setakat pegang ijazah semata mata..

org sekarang pandang "ha budak tu ada ijazah, eh yg tu plak ada PHD, eh yg tu lagi kaya.. ada 2 biji rumah, 3 kereta..."... tapi, apa guna sumer benda nie, kalau solat pun tak gheti.. membazir je kan... nak kawin, tapi tak gheti nak solat.. cam ne nak solat sunat lepas nikah nanti... cam ne nak imamkan isteri n anak2.... buat malu je... kalau tak solat, nanti bila anak dah sekolah, kan ada praktikal solat kat sekolah.. bila ustazah tanya kat anak ' kamu nie mak ayah kamu tak pernah ajar kamu solat ke?".. n anak dengan penuh jujur, "mak ayah tak pernah solat"... malu tu mak oi... bukan setakat ustazah tu je tau, semua rakan rakan anak akan tau, dan secara tak langsung, satu komuniti akan tau.. ha.. pikir la sekarang.. malu tak if jadi benda cam tu... tentu malu kan....

takat nie ja la.. penat dah menaip.. banyak lagi sebenarnya nak citer.. but jari dah cram... tak leh type dah...

apa apa pun, selamat menyambut setahun perkahwinan pada suamiku syg... semoga ia akan berkekalan buat selamanya...