INGATLAH!

HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH... MAKA HATI AKAN MENJADI TENANG...

Saturday, February 13, 2010

:: Aku Bukan BODOH, BUTA & PEKAK::

Salam...

First thing, I nak mengucapkan takziah pada kawanku, Hanif and ex boss ku, Pn Sharijah, yang telah kehilangan bapa dan ibu masing masing pada bulan February 2010. Al-Fatihah buat keduanya. semoga mereka di antara org org yang beriman.... Aku faham akan kehilangan mereka.. kerana, aku pernah merasainya pada thn 2007.. pedihnya terasa hingga kini... tetapi, bukan itu yang ingin ku luahkan pada hari ini...

Hari ini, 13 February 2010, aku rasa telah diperbodohkan oleh manusia manusia yang menganggap aku BODOH / BUTA / PEKAK... hmmm.... silap... mereka amat silap... yg nyata BODOH, BUTA dan PEKAK adalah diri mereka sendiri.. kerana... meh aku terangkan satu persatu...

BODOH kerana, walaupun mempunyai ilmu, tapi mereka tak pernah pakai... ataupun cuba pakai.... apa yang mereka tahu cuma pentingkan diri sendiri.. dan akibatnya, mereka akan menanggung dosa.. dan believe me,.... Perkara perkara yang mereka lakukan itu ku kira terkutuk dan telah di jelaskan di dalam Al Quran... oi.. tak baca Al Quran ke..?? tahu sebut tapi tak tahu apa isi kandungannya.. I believe, if mereka mereka yg di sebutkan itu memahami isi kandungan Al Quran, mereka tidak akan melakukan perkara perkara yang menyakitkan hati ku...... Takpe.. Allah lebih mengetahui.. takpe la.. mereka mereka ini kan BODOH... org org yang bodoh nie tak payah lah nak di layan sangat kan.. buat menyemak kepala otak je..

BUTA.. nie tak payah la aku nak cerita.... sedangkan TV sumer ada dah tunjuk... aku nampak dgn jelas apa yang telah mereka cuba lakukan... mereka yang buta, tak nampak how fast the things will be air in the news....

PEKAK.. sedangkan dinding pun ada telinga kan... but mereka nie mmg pekak... sbb, mereka tak dengar apa yg mereka cakapkan itu boleh di dengar oleh org lain...

kali ni mmg kasar apa yg aku tulis... tapi satu je aku nak ingat kan org org yg BODOH, BUTA, dan PEKAK... what goes around comes around...what u give, u get back.. if aniaya org lain, tak lama u all yg kena balasannya.. DOA ORG YANG TERANIAYA TAK DE HIJAB DGN ALLAH...

aku takde masa nak doakan keburukan org lain.. cuma kalau aku amat sakit hati, aku cuma boleh berdoa " semoga Allah panjang kan usia kamu.. kalau boleh sampai 100 thn.."

lastly, AKU BUKAN BODOH, BUTA & PEKAK....................

Saturday, February 6, 2010

::Ibu (tribute to my mother)::

Orang kata, kasih ibu membawa ke syurga... Aku memang sokong kata kata itu... Bagi aku, Ibu aku adalah insan yang amat istimewa pada ku...

segala kesusahan yg dia hadapi, tak pernah di tunjukkan di hadapan kami anak anak... begitu ketabahan seorang ibu menghadapi dugaan dan cabaran dalam membesarkan kami seramai 4 org.. Ibu ku sentiasa tersenyum tenang... walaupun di dalam hati bergelodak seribu macam perasaan...

setiap kali aku mengingatkan kesusahan ibu ku di waktu yg lalu, iaitu semasa membesarkan kami, air mata ku akan tumpah.. kerana ketabahan dan kesabarannya, kami berempat, berjaya dalam hidup kami... kami tak perlukan bantuan sesiapa untuk berjaya ke tahap ini... semua adalah berkat kesabaran ibu ku.. yang tak pernah kenal erti lelah... dan ibuku percaya yang kami akan berjaya.. dan berdikari... tanpa bantuan sesiapa... tanpa ehsan sesiapa...

aku adalah anak bongsu perempuan.. dan aku tahu.. walaupun ibuku tidak pernah menyatakannya, aku adalah anak kesayangannya... kerana aku adalah kekuatannya... aku adalah temannya yang setia... aku di lahirkan supaya dia tegar menghadapi semua ujian yang mendatang...

semalam... 5 February... ulang tahun ibuku... aku merenung ibuku... sudah nampak tua... aku sedih... bukan sedih kerana dia tua.. sedih kerana, dia menghabiskan hidupnya untuk membahagiakan kami semua.... dia tak pernah ada masa untuknya sendiri... semua masanya di gunakan untuk kami.... membesarkan kami... membahagiakan kami...

Tiada sesiapa yang boleh menggantikan tempat ibuku... bagiku, ibuku adalah insan terhebat di alam ini... dan bagiku, ibuku adalah segalanya...

Ya Allah, Kau berikanlah kebahagiaan kepada ibuku di dunia dan di akhirat... kerana dia adalah insan teristimewa bagi ku...

Ami, I love you forever....

Friday, February 5, 2010

::Lagu::

Salam.. al kisahnye.. aku nie ada banyak koleksi lagu-lagu melayu lama. suka dengar lagu lama lama melayu nie.. kawan2 aku panggil rock kapak... bukan la apa, lagu lagu lama nie ada makna tersirat.. poetic... not like lagu lagu sekarang... bagai diri tapak sulaiman la.. ntah la.. . few days back, aku dengar la satu lagu nie.. n bukan sekali la aku dengar... banyak kali juga la.. bayangkan, perjalanan office dekat 1 jam 10 mins, aku dengar lebih dari 6 kali... hehehe... masih terngiang ngiang lagi lagu nie kat telinga aku... so, my fav songs for this week is "suara kekasih"...

Hadiran ombak membelai pantai
Tiada putusnya percintaan itu
Hembusnya bayangmu menyejukkan
Tapi tiada terhenti dahaga
Kerinduan suara kekasih
Membelai hatiku
Suara kekasih
Membasuh lukaku

Tibanya sinar bulan di laut
Dengan ribuna alunan kemesraan
Membawa kenangan yang berlalu
Dengan ribuan warna keemasan
Suara kekasih
Membelai jiwaku
Suara kekasih
Yang menyejukkan ku

Terdengar suaramu yang suci
Pabila terkejut dari mimpi
Ku manyakinkan suara itu
Memanggil daku dengan harapan
Tapi sayangnya alunan ombak
Yang memecah diri sangkaku
Suara kekasih
Yang memanggil daku
Suara kekasih
Di malam yang indah